23 Sep 2017

EID Halal Korean Food Bangi


Assalamualaikum and hiii

Makanan korea dengan aku ni memang kira dah sebati jugaklah. Tapi so far aku selalu makan korean foods dekat Sopoong dan Dubuyo je, tempat lain tak pernah makan lagi, jadi masa raya haji baru ni kami pun pergilah EID Halal Korean Food. Maklumlah kedai ni pun kat Bangi, memang kawasan guwa lah, lulz.


Eid Halal ni dimiliki oleh owner Korean muslim. Asalnya restoran ni cuma ada satu branch je dekat Itaewon, so kat Bangi ni merupakan branch kedua dan cuma ada satu je kat Malaysia ni. Dari jauh dia datang tauu.


Environment kedai agak kecil tapi selesa, decoration pun simple-simple je tapi nice. Nasib baik pergi haritu tak ramai orang pun.

Untuk menu pula tak banyak sangat choices, tapi aku percaya semua sedap-sedaplah. Untuk street foods cuma ada choice tteobokki dengan pajeon(?) Tak surelah pajeon tu terkategori dalam golongan street foods ke tak sebab makanan dia ringan jee, haha.


Lepas dah diteliti kesemua menu ni, aku pilih bulgogi, kakngah dakgangjeong n kaklong amek japchae. Alah nampak je dalam gambar menu ni portion dia cam kecik kann? Bila makan memang meletup guwa cakap.


Ni dia punya side dish. tiga2 ni memang sedap nak mampus okay. Aku kalau makan korean foods at least mesti ada 1 side dish yang aku tak makan(eg; kimchi timun T__T) tapi kat sini punya sangaaat sedap, terutama bowl yang penuh dengan salad tu. Dia salad biasa je tapi sos salad tu sedap. Orang yang tak makan sayur pun boleh suka agaknya :p Yang remaining 2 side dish tu ialah ketulan2 fishcake dan kimchi. Kimchi dia pun sangat real taste of korea.

Bulgogi Set - RM 23

Korean Beef BBQ ni memang antara yang paling glemer jugaklah. Ramai yang kata sedap so aku pun trylah, ternyata memang benar sekali kesedapannya, secukup rasa gituu. Recommended!

Japchae - RM 19

Lebih kurang macam mie so un jugaklah. Potong mood sebab mee tu dah dikecai-kecaikan. Rasa biasa-biasa je kot tapi yang bestnya potrion dia banyak.

Dakgangjeong(original) - RM 20 

Ayam ni ada dalam 9 ketul tak silap, kitorang masing-masing amek 3 ketul sorang. Ni ayam goreng yang telah di glazed kan dengan korean sauce pedas2 manis. Dahla comel pastu berkilat pulak tu lagi nampak mengancam. Pada aku rasa dia sebenarnya biasa je cuma sos tu yang jadikan ayam tu special. Mungkin aku dah banyak kali makan glazed chicken ni so takdela mau bilang wow gitu. Ni pun antara menu glemer kat sini jugak, recommended!

Satu je yg aku kureng kat sini dengan dia punya sup, kategori side dish. Rasa dia macam hanyir sikit n bila hirup tu sakit tekak, so tak berjaya habiskan sup tu. Aku kalau makan korean food mesti habiskan sup yang dia kasi(sebab sedap) tapi kalini tak harhar.. Cuma sebab sup tu side dish so takpela kot, lagipun cukuplah sekadar untuk membasahkan nasi :p

Sikhye (korean sweet rice tea large) - RM10

Memula cam curious dengan rasa dia sebab 1st time minum rice tea. Takut betul kalau rasa dia macam air beras kat rumah tu tapi bila minum ni memang refreshing habis. Lebih kurang macam air barli je cuma lagi sedap sikit, hehe.

Nak datang lagi tak? Jawapannya, yes! Kalau datang lagi nanti nak cuba kimchi bokkeumbbap aka nasi goreng kimchi pulak! :D

Jln Medan Pusat Bandar 7, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi
11 am - 10 pm (closed on monday)

EID BANGI INSTAGRAM